Monday, 26 September 2011

MASA YANG AKAN PERGI


Apa Yg Terjadi Suratan Ilahi
Tanpa Aku Sedari Semuanya Berlalu Pergi
Kenangan Bersamanya
Terpaut Disudut Hati
Sesekali Ia Datang Menghantui Diri
Dikala Malam Silih Berganti
Hanya Aku Ditemani Mimpi-Mimpi Ngeri

Lama Kuidamkan Insan Sepertinya
Bersahaja Perwatakan
Mahupun Kata-Kata
Gelak Tawa Serta Senyuman Manisnya Memikat Jiwa
Adakala
Tergoda  Jua Rasa Dijiwa
Tapi, Apakan Daya Aku Hanya Insan Biasa
Tiada Kata Semanis Bahasa
Tiada Rupa Memikat Jiwa
Ketika Bersama Cukup Bermakna
Walaupun Cuma Sisa Masa
Namun Aku Tetap Bahagia
Kerana Dia Pembakar Semangat Jiwa
Mungkin Tanpa Dirinya
Aku Melayang Entah Kemana

Tapi Sayang Sekali
Suatu Hari Nanti Dia Akan Pergi
Meninggalkan Diriku Kembali Sendiri
Bertemankan Lagu Di Malam Yang Sepi
Kadangkala Berbicara Rupanya Berpuisi
Kerana Rintihan Ku Ini
Tiada Siapa Yangg Peduli
Bagai Dihembus Angin
Dan Ia Berlalu Pergi
Perginya Tidak Mungkin Akan Kembali

NUKILAN : AMINUDDIN OMAR

2 comments: