Friday, 29 March 2024

Airmata Hati

Sakit ini sangat perit
Ia terasa tapi tidak terlihat
boleh dikongsi tapi tidak difahami
ia ada jauh sedalamnya

Airmata ini mengalir
kau tahan tapi ia menembusi
sapu ia silir berganti
dari mata menitis ke bumi

Kau berdiri tapi terkulai
senyum seakan satu kewajipan
tawa seakan satu permainan
parut dan darah tiada angka

diam tetap bergelora
berbunyi tetap ada
Sakit Ini seakan bernyawa
Airmata Hati Diselubungi senyuman

Tuesday, 26 March 2024

EGO

Kau Menginginkanku 
Namun Kau Menolakku
Kau Seperti Ingin
Tapi Kau Menidakkannya
Kerana, Kerana Egomu

Kau Tahu Akulah Pendampingmu
Yang sentiasa Ada Disisi
Kau Yakin Akulah Pelindungmu
Tiada Yang Mampu Menyentuhmu
Tapi Kerna Egomu
Kau Cuba Menjauh

Jangan  Hingga Tiba Waktunya
Aku Pergi Meninggalkanmu
Waktu Itu Sudah Terlambat
Aku Tidak Mungkin berpaling
Kerna Aku Penat
Aku Juga Punya Egoku