Thursday, 27 March 2014

PELAYARAN

Tersergam indah sebuah bahtera di lautan
Dihiasi ombak dan gelombang
Ditemani angin yang mendinginkan
Diselang seli dengan bunyi desiran
Beribu pasang mata sedang dalam kegembiraan
Menikmati bahtera agam yang penuh keriangan

Disebalik keriuhan dalam keramaian
Terserlah sekuntum bunga yang harum dan mekar
Mataku tidak berganjak meniti senyuman
Jantung ibarat terpisah dari denyutan
Seperti bayang dalam terang
Bila mata bertentang mata
Seperti ribut mengundang taufan

Kesempatan akhirnya terbentang
Dikala keseorangan ku kuatkan langkah
Ku lembutkan lidah untuk memula kata
Akhirnya dapat jua ku lirik senyuman padanya
Lirikannya membuatku khayal entah ke mana

Di bucu bahtera ku undang dirinya
Bersama menikmati angin malam
Berbicara tentang alam dan kehidupan
Bertutur sebagai kenalan
Sang bunga seperti insan yang tidak kesombongan

Bila bulan mula larut
Ku pulang ke kamar
Bayangan Senyumannya menemani tidurku
Mata tertutup bibir membisu
Namun suara dan senyumannya menghiasi mimpiku

Fajar menyising, matahari kian membara
Palayaranku terhenti disitu
Perpisahanku bersama sang bunga
Membuat mataku layu, kakiku berat melangkah
Bibirku ingin memberi ucapan
Terasa seperti satu pengakhiran

Ku menanti pesanan darinya
Setelah kutinggalkan tanda padanya
Adakah ia seperti mimpi buat selamanya
Walau apapun jua,Terima kasih pada sang bunga
Kerana sudi memberi senyuman mesra
Walaupun hanya seketika, ia amat bermakna
Bersyukur pada yang MAHA ESA
Kerana mengerakkan sang bunga
Berlayar bersama sang pengembara
Kerana bagiku itu satu kurnia
Yang terindah lebih berharga dari bahtera
ALHAMDULILLAH , SYUKRAN  YA ALLAH.