Tuesday, 25 December 2018

Sandaran

Sudah lama hati berbicara
adakah benar apa dirasa
timbul tenggelam umpama gelora
jangankan jasad bayang pun tiada

andai diri menjadi pilihan
namun tiada satu ungkapan
setitip ayat mampu menguatkan
meneguhkan luluh hati dan perasaan

andai aku jadi sandaran
dalam perjalanan serta pencarian
andai tercapai suatu tujuan
adakah aku akan ditinggalkan

hati terus gelisah menahan rasa
mencari jawapan tiada soalannya
redha jika ini takdirnya
walau pedih kuhadapi jua

semoga ini semua hanya persoalan
berharap agar tersalah jawapan
kerana dirimu tetap kunantikan
walau lelah nafas tetap kuhembuskan

Tuesday, 9 October 2018

Anugerah Allah

Sejak mula ku kenalimu
seakan tidak terdaya menahan sesuatu
cengkaman yang begitu kuat dibenakku
berdenyut hingga mata jadi kelabu

Saban hari menanti waktu
setiap detik terasa resah hatiku
Tanpa sedar masa terus berlalu
rasa sangsi akan ketabahan diriku

Namun seakan tidak percaya
setelah hampir ku berputus asa
kau muncul dengan tiba tiba
menyuluhkan hatiku dengan cahaya

Aku sujud pada yang Esa
Kerana telah membuka hatinya
Kau makbulkan doaku yang lima
untuk aku berdaya terokai dunia

Itulah anugerah kau berikan
kan kupelihara setulus hati
menjaga amanah seperti kewajiban
Itulah nikmat pemberian Ilahi.

Nukilan : Amin Omar

Wednesday, 11 April 2018

Peritnya Parut

Aku duduk sendirian
Acapkali terkenang kisah lalu
kisah yang sering menghantui
menghantui ketenangan malamku

Ku cuba pejamkan mata
cuba melihat dalam hatiku
tiada lagi ada ruang
untuk menconteng parut baru
kerna hanya yang ada
hanyalah luka luka lama

terkadang ku tertanya
adakah aku masih ada lagi
ruang perasaan untuk bercinta
atau hatiku sudah mati
kerana mengenang kisah lama
kisah yang sering menghantui

ku cuba bangun walau sakit
ku cuba berjalan walau perit
ku cuba berlari walau ku tahu
aku tidak lagi sekuat dulu

Manifesto Adakah Janji

Hari Itu Kau Perlu 
Kau Banyak Tabur Janji
Hari Ini Kau Buntu
Baru Gigih Kau Cari

Dahulu Kau Berterbangan
Tunduk Kebawah Pun Tak Sudi
Dahulu Kau Di Awangan
Jalan Ke Bumi Pun Tak Reti

Kau Kata Janji Itu Pasti
Tapi Pelaksanaan Bila Nak Raih Undi
Dah Dapat Apa Kau Hajati
Janji Ibarat Airliur Basi

Bila 5 Tahun Ulang Kembali
Janji Kau Ulangi Lagi
Bila Kepercayaan Cuba Diberi
Kau Robek Saku Bagai Anak Tiri

Cuba Tenung Langit Dan Bulan
Adakah Kau Ingat Amanah Tuhan
Pangkat Bukan Pembuka Jalan
Untuk Kau Hidup Dalam Keselesaan

Janji Dilafaz umpama akad
Pelaksaan Perlu Kau Nekad
Jika Kepalsuan Yang Kau Tekad
Cuba Kau Faham Apa Erti Iktikad

Jangan Cuba Mainkan Perasaan
Jika Kepentingan Kau Utamakan
Ingat Setiap Kelakuan Dan Tindakan
Pasti Dan Nyata Akan Ada Balasan




Saturday, 10 February 2018

Lihat Dunia

Cuba Kau Lihat
manusia zaman sekarang
bertatih pun tak reti
ada hati nak berlari

kepala dilutut otak di kaki
melihat pun menggunakan jari
endah tak endah dengan teguran
tapi mulut masih perlu disuapkan

langit biru dapat dilukis
sudut kambut diserayakan
masih bermimpi jadi prejudis
langkah sendiri belum betulkan

apa sudah jadi
melihat suasana hidup kini
hidup tunggang langgang
pakai baju pun nampak pinggang
langkah orang diperkotak katikkan
langkah sendiri tersadung di tepi jalan

baik tutup mulut buka mata
pasang telinga buka minda
usah diperam telur ayam
jika akhirnya jadi telur tembelang