Friday, 29 March 2024

Airmata Hati

Sakit ini sangat perit
Ia terasa tapi tidak terlihat
boleh dikongsi tapi tidak difahami
ia ada jauh sedalamnya

Airmata ini mengalir
kau tahan tapi ia menembusi
sapu ia silir berganti
dari mata menitis ke bumi

Kau berdiri tapi terkulai
senyum seakan satu kewajipan
tawa seakan satu permainan
parut dan darah tiada angka

diam tetap bergelora
berbunyi tetap ada
Sakit Ini seakan bernyawa
Airmata Hati Diselubungi senyuman

Tuesday, 26 March 2024

EGO

Kau Menginginkanku 
Namun Kau Menolakku
Kau Seperti Ingin
Tapi Kau Menidakkannya
Kerana, Kerana Egomu

Kau Tahu Akulah Pendampingmu
Yang sentiasa Ada Disisi
Kau Yakin Akulah Pelindungmu
Tiada Yang Mampu Menyentuhmu
Tapi Kerna Egomu
Kau Cuba Menjauh

Jangan  Hingga Tiba Waktunya
Aku Pergi Meninggalkanmu
Waktu Itu Sudah Terlambat
Aku Tidak Mungkin berpaling
Kerna Aku Penat
Aku Juga Punya Egoku

Friday, 11 February 2022

DULU KINI AKU


Aku sering berjalan di gerombolan
Ingin merasa erti kegembiraan
Tapi yang aku terima dan telan
Sebuah hinaan caci dan makian

Justeru aku masih teruskan berjalan
Tapi kini hanya berjalan bersendirian
Mencari arah mencari tujuan
Dengan terhanyut semua kepercayaan

Sepanjang perjalanan aku terus di uji
Jalan yang cuba kuhindari terpaksa kulalui
Hatiku luluh perih dan tersakiti
Tapi aku terus berjuang menuju destinasi
Kerna aku yakin suatu hari nanti
Akan pasti jalannya ku temui

Kucuba berlari menuju ke seberang
Ku terdiam melihat jarak dan jurang
Mata melihat kiri dan kanan
Cuba mengintai adanya jambatan

Berenang basah berjalan ku kan lelah
Terpaku kaku bagaikan hilang arah
Keras hatiku nekad untuk redah
Walau ku tahu jika jatuh aku parah

Aku masih belum pasti arahnya lagi
Namun langkahku tidak akan terhenti
Walau perjalanan penuh onak dan duri
Aku pasti kejayaan sedang menanti
Menunggu aku tiba di destinasi
Bukan sekadar kejayaan tapi juga harga diri


Sayang

Sayang, apa ada denganmu
Yang membuatku merinduimu
Sayang, apa ada denganmu
Yang membuat cintaku tak pernah rasa jemu

Bila berjauhan denganmu
Jiwaku terasa resah
Bila kau tiada disisi
Aku rasa hidup tidak beerti
Bila dengar suaramu
Terasa darahku mengalir laju

Sayang, apakah kekuranganku
Kerna ku tak sanggup kehilanganmu
Sayang, adakah kau cinta padaku
Kerana tiada yang lain didalam hatiku

Bila kau ucap kata sayang
Kurasa bunga kembang didada
Bila kau ucap kata rindu
Nafasku sesegar udara gunung kinabalu
Bila kau kata kau cinta padaku
Tiada lagi permintaan selain menghalalkanmu

Sayang, siapakah dirimu
Kerna membuat aku acapkali kaku
Sayang, apa ada denganmu
Kerna kau bisa membuat otakku beku
Sayang, apa yang kau mahu
Akan ku usaha untuk melengkapmu

Sayang. Aku cinta padamu.



Friday, 4 June 2021

Hati Mati

Kemanakah arah aku berlari
mengejar suatu yang tidak pasti
adakah mungkin aku terus berlari
atau tiba masanya harus berhenti
Akuuuuuuuuuu, kelelahan
akuuuuuuuuuuuu, kebingungan

Tiada garis haluanku
dalam mencari di mana dirimu
kiri kanan arah kutuju
Terus berlari semahu ku
engkauuuuuuuuu entah dimana
engkauuuuuuuu hilang di mata

suatu hari aku akan berhenti
mengejarmu buat hatiku mati
jangan engkau salahkanku
kerna kau telah membunuh hatiku

tiada lagi jalan 
tiada lagi haluan
tiada lagi hendak dikatakan
tiada lagi pencarian
kerna hatiku telah mati



Sunday, 24 January 2021

Bukan Yang Terbaik

aku bukan seperti kau inginkan
aku tidak mampu utk dibanggakan
hanya secebis hati yang tulus
siap utk memberi segalanya

tapi aku bukan yang terbaik
sedakar bermimpi utk memilikimu
cukuplah sekadar menyayangimu
ia tetap bahagia buatku

pergilah engkau bersama pilihan hati
semoga dirimu tidak dilukai
dirimu memang layak utk memiliki
yang terbaik buatmu di setiap hari

cukup sampai disini penantianku
aku undur diri buat selamanya
walaupun kau bukan bersamaku
aku tetap tersenyum melihat kau bahagia

aku sayang kamu.

Tuesday, 15 December 2020

Tidak Pasti

Kulepaskanmu kerna terpaksa
kerana itu yang kau pinta
tiada apa yang perlu dikata
mungkin inilah takdirnya

oh langkahku bagaikan lemah
jiwaku sentiasa gelisah
Tuk lupakan bukannya mudah
tapi hidup harus berserah

Aku , aku masih disini
masih, masih tercari cari
adakah setia atau pergi
terbelenggu jawapan dalam hati
aku masih tidak pasti

mungkin aku terpaksa pergi
jika itu yang perlu
tapi aku tetap tidak pasti
adakah ini jawapan hatiku