Aku lihat engkau
walau jarak seribu batu
kulihat dengan mata hatiku
untuk melihat kau tersenyum
tak perlu menyatakan
perasaanku pada dirimu
cukup membuat kau bahagia
bahagiamu lebih indah buatku
Oh Tuhan Bahagiakan Dia
Berikannya senyuman
kerna senyumannya adalah nafasku
tawanya adalah degup jantungku
Jika ungkapan kau cari
aku bukan puitis
jika hatiku kau selami
cinta untukmu takkan terhakis
jika tergugur bunga sakura
kan ku selitkan di rambutmu
jika tergugur jantungku
ku tanamkan di dalam hatimu
Nukilan
Penghuni Duniawi
Monday, 23 October 2017
Saturday, 29 July 2017
Kau Hilang
Ku Lihat Dunia
Ku Lihat Wajahmu
Bila Ku Dewasa
Engkau Hilang
Ku Rindukan Belaian Kasihmu
Ku Rindukan Tunjuk Ajarmu
Ku Rindu Memanggil Namamu
aku rinduuuu... kan dirimu
ada soalan namun tiada jawapan
mengapa kau hilang terus menghilang
ada gambarmu tiada wajahmu
mengapa kau pergi tinggalkanku
Kini Ku redha pada takdir
Mungkin ini terbaik utk kita
Semoga bahagia engkau disana
Ku Doa pada yg esa
kini ku bahagia
mengharungi dunia
syukur padanya
Nukilan : P.D
Saturday, 25 March 2017
Cinta Itu Seni
Ada yang menganggap cinta itu membosankan
Ada yang menganggap cinta itu membahagiakan
Ada yang menganggap cinta itu perlu jujur
Ada yang menganggap cinta itu perlu keserasian
Ada yang menganggap cinta itu sepadan
Ada yang menganggap cinta itu perlu diluahkan
Ada pelbagai istilah cinta
Ada pelbagai pendapat tentang cinta
Ada pelbagai cara mencari cinta
Ada pelbagai kata kata cinta
Ada pelbagai sebab jatuh cinta
Ada pelbagai ragam dalam bercinta
Cinta Itu seni
kerana seni tiada noktah
kerana seni tiada keseragaman
kerana seni tiada kewajipan
kerana seni tiada jawapan
kerana seni tiada ketentuan
kerana seni tiada punca
dan kerana seni itu bebas
Nukilan :- Penghuni Duniawi
Subscribe to:
Posts (Atom)