Friday, 11 February 2022

DULU KINI AKU


Aku sering berjalan di gerombolan
Ingin merasa erti kegembiraan
Tapi yang aku terima dan telan
Sebuah hinaan caci dan makian

Justeru aku masih teruskan berjalan
Tapi kini hanya berjalan bersendirian
Mencari arah mencari tujuan
Dengan terhanyut semua kepercayaan

Sepanjang perjalanan aku terus di uji
Jalan yang cuba kuhindari terpaksa kulalui
Hatiku luluh perih dan tersakiti
Tapi aku terus berjuang menuju destinasi
Kerna aku yakin suatu hari nanti
Akan pasti jalannya ku temui

Kucuba berlari menuju ke seberang
Ku terdiam melihat jarak dan jurang
Mata melihat kiri dan kanan
Cuba mengintai adanya jambatan

Berenang basah berjalan ku kan lelah
Terpaku kaku bagaikan hilang arah
Keras hatiku nekad untuk redah
Walau ku tahu jika jatuh aku parah

Aku masih belum pasti arahnya lagi
Namun langkahku tidak akan terhenti
Walau perjalanan penuh onak dan duri
Aku pasti kejayaan sedang menanti
Menunggu aku tiba di destinasi
Bukan sekadar kejayaan tapi juga harga diri


Sayang

Sayang, apa ada denganmu
Yang membuatku merinduimu
Sayang, apa ada denganmu
Yang membuat cintaku tak pernah rasa jemu

Bila berjauhan denganmu
Jiwaku terasa resah
Bila kau tiada disisi
Aku rasa hidup tidak beerti
Bila dengar suaramu
Terasa darahku mengalir laju

Sayang, apakah kekuranganku
Kerna ku tak sanggup kehilanganmu
Sayang, adakah kau cinta padaku
Kerana tiada yang lain didalam hatiku

Bila kau ucap kata sayang
Kurasa bunga kembang didada
Bila kau ucap kata rindu
Nafasku sesegar udara gunung kinabalu
Bila kau kata kau cinta padaku
Tiada lagi permintaan selain menghalalkanmu

Sayang, siapakah dirimu
Kerna membuat aku acapkali kaku
Sayang, apa ada denganmu
Kerna kau bisa membuat otakku beku
Sayang, apa yang kau mahu
Akan ku usaha untuk melengkapmu

Sayang. Aku cinta padamu.