Monday, 26 September 2011

PASIR SI KERDIL




Hidupku Bagaikan Pasir Dijalanan
Kering Diwaktu Panas Lembap Dikala Hujan
Tidak Pernah Sekali Aku Dipandang
Hanya Dipijak Setiap Insan Yang Berjalan
Begitulah Aku Dengan Hidupku
Pasir Yang Kadang-Kadang Dianggap Debu

Tapi Si Kerdil Telah Mengubah Hidupku
Erti Hidupku Kini Berubah
Aku Tidak Lagi Dianggap Debu
Aku Kini Pasir Yang Menyuburi
Kerana Si Kerdil Sentiasa Menghargai

Kini Diriku Bukan Lagi Pasir Dijalanan
Diriku Juga Bukan Debu Yg Menjijikkan
Tapi Diriku Dianggap Mampu Menyuburkan
Si Kerdil Yang Sangat Membahagiakan
Dan Si Kerdil Mengubah Erti Hidupku

NUKILAN  :  AMINUDDIN OMAR

No comments:

Post a Comment