adakah benar apa dirasa
timbul tenggelam umpama gelora
jangankan jasad bayang pun tiada
andai diri menjadi pilihan
namun tiada satu ungkapan
setitip ayat mampu menguatkan
meneguhkan luluh hati dan perasaan
andai aku jadi sandaran
dalam perjalanan serta pencarian
andai tercapai suatu tujuan
adakah aku akan ditinggalkan
hati terus gelisah menahan rasa
mencari jawapan tiada soalannya
redha jika ini takdirnya
walau pedih kuhadapi jua
semoga ini semua hanya persoalan
berharap agar tersalah jawapan
kerana dirimu tetap kunantikan
walau lelah nafas tetap kuhembuskan