Friday, 30 September 2011

LAMBAIAN



Dikala senja
Akan kedengaran kicauan sang burung
Memeriahkan keheningan senja
Dihiasi langit nan merah
Kapan matahari melabuhkan pancarannya..

Seperti aku 
Kian terasa hilang bahangnya
Lambaian darimu kuterima
Ketika dirimu kian bertahkta
Disanubariku sang pengembara jiwa



Dikala malam,
Akan kau terasa dinginnya bayu
Yang lembut membelai tubuhmu
Dihiasi bulan dan bintang
Walau malap namun tiada ketakutan dirasa

Tapi sayang,
Tidakku rasa keindahan itu
Bila lambaianmu mengakhiri senyumanku
Kegirangan berganti kesuraman
Keceriaan berganti rasa pilu



Dikala fajar menyising
Ku lihat cahaya menembusi tirai kamar
Suasana gelap kini bercahaya
Kaki kaku terpaksa melangkah
Mencari arah selagi belum senja
Jika terlewat akan kembali gelita

Begitu juga hidupku
Butuh semangat tuk terus mara
Mencari punca dimana cahaya
Akan ku sedia sebelum gelita
Kerana ku tahu akan seksanya
Menerima lambaian berlabuhnya cahaya.

NUKILAN : AMINUDDIN OMAR

Thursday, 29 September 2011

ANDAI TERJADI MUNGKIN BERLAKU



Andai kau mengerti apa yang tersirat di hati
Mungkin kau akan mengalirkan air mata

Andai kau mengerti apa yang ku rasa
Mungkin kau akan kenal apa itu sengsara

Andai kau mengerti maksud jiwa
Mungkin kau akan mengerti tujuannya

Andai kau setia padaku
Mungkin tiada jarak antara kita

Andai aku sentiasa dihatimu
Mungkin bukan ini yang kau berikan padaku

Andai aku hanya cebisan kaca
Mungkin akan kau lemparku jauh darimu

Andai kau sudi menyelami hatiku
Mungkin akan kau kesal dengan sikapmu

Andai bisa kita merubahnya
Mungkin ku butuh keyakinan dan penghormatan darimu

Andai kita bisa bercanda semula
Mungkin kau akan bahagia bersamaku

Andai kau yakin dengan ketulusanku
Mungkin kau sedar kau lah segalanya bagiku

Andai tiada perubahan darimu
Mungkin disini noktahnya ceritera cintaku.



NUKILAN : PENGHUNI DUNIAWI

Tuesday, 27 September 2011

HARAPAN BAHAGIA


Jika angin bertiup kencang
Cuba kau pejamkan mata
Akan kau rasakan hembusan nafasku
Yang amat merindui dirimu

Bila hujan turun dengan lebatnya
Cuba kau tadahi airnya
Kerana di permukaannya akan terbayang wajahku
Yang ingin selalu melihat wajahmu

Bila matahari terik disiang hari
Cuba kau buka matamu
Lihat sepuasnya disekelilingmu
Kerana disitu aku cuba menerangimu

Bila waktu di tebing senja
Cuba kau melirik di bucu langit
Akan kau lihat senyumanku
Yang ingin selalu membahagiakanmu

Bila malam dingin menjelma
Kau dongak memandang ke langit
Kerana akan kau terima lambaianku
Yang selalu ingin kau disampingku

Dan bila kau pejamkan mata
Kau bukalah minda dan hatimu
Kerana inginku jelajahi mimpimu
Untuk menyatakan yang aku amat menyayangi dirimu.

Bila masanya telah pun tiba
Akan Ku rela terima akadnya
Senantiasa ku usaha buat kau gembira
Berdoalah kita agar dijauhi derita
Segala ujian tempuhilah bersama
Redha pada ketentuan yang esa
Nescaya akan ada hikmahnya
Yang menanti untuk kebahagiaan kita.

NUKILAN : PENGHUNI DUNIAWI

SEDARKAH KITA

kadang2 kita sayang bulan kerana ia cantik..
kadang2 kita sayang bintang kerana ia menyerikan malam..
kadang2 kita tak suka matahari kerana ia menghangatkan..
kadang2 kita harapkan hujan untuk membasahi bumi...

tp sedarkah kita..
bulan yang kita sayang itu hanya ada pada waktu malam..
sedarkah kita
bintang yang berseri tidak mendinginkan malam..

sedarkah kita..
matahari yang tak disukai memberi mata jelas memandang
sedarkah kita
hujan yang kita harapkan belum tentu tiba walau terik dikala siang

Monday, 26 September 2011

PASIR SI KERDIL




Hidupku Bagaikan Pasir Dijalanan
Kering Diwaktu Panas Lembap Dikala Hujan
Tidak Pernah Sekali Aku Dipandang
Hanya Dipijak Setiap Insan Yang Berjalan
Begitulah Aku Dengan Hidupku
Pasir Yang Kadang-Kadang Dianggap Debu

Tapi Si Kerdil Telah Mengubah Hidupku
Erti Hidupku Kini Berubah
Aku Tidak Lagi Dianggap Debu
Aku Kini Pasir Yang Menyuburi
Kerana Si Kerdil Sentiasa Menghargai

Kini Diriku Bukan Lagi Pasir Dijalanan
Diriku Juga Bukan Debu Yg Menjijikkan
Tapi Diriku Dianggap Mampu Menyuburkan
Si Kerdil Yang Sangat Membahagiakan
Dan Si Kerdil Mengubah Erti Hidupku

NUKILAN  :  AMINUDDIN OMAR

SAYANG


Insan Yang Disayangi Adalah Penyeri
Walaupun Bukan Bidadari Tp Dia Tetap Berseri
Setiap Detik, Setiap Saat
Dia Perlu Ada Disisi
Sepatah Kata Yang Terungkap
Menjadi Penyejuk Dihati

Sayang....
Perasaan Yang Tak Dapat Dielakkan
Perasaan Adalah Anugerah Tuhan
Ia Tidak Mampu Dihalang
Dan Tak Bisa Dipegang
Hilang Ia Boleh Diganti
Tapi, Tak Mungkin Seerti

Insan Yang Tersayang Pencetus Airmata
Dia Juga Pencipta Bahagia
Setitis Airmata Tandanya Setia
Gelak Tawa Bersama
Ibarat Bahagia

Sayang Tidak Cukup Sekadar Ungkapan Kata-Kata
Pengorbanan Dan Usaha Haruslah Bersama
Ketulusan...Keiklasan...Kesetiaan
Adalah Tunjang Utama
Hargailah Selagi Ia Masih Bernyawa


Sayang , Suka, Dan Cinta
Sama Tapi Tidak Serupa
Makna Dan Sinopsisnya Juga Berbeza
Hayati Lah Dan Fahamilah Sedalam-Dalamnya
Agar Tidak Salah Suka
Tidak Buta Cinta
Dan Kasih Sayang Tidak Sia-Sia

NUKILAN : AMINUDDIN OMAR


MASA YANG AKAN PERGI


Apa Yg Terjadi Suratan Ilahi
Tanpa Aku Sedari Semuanya Berlalu Pergi
Kenangan Bersamanya
Terpaut Disudut Hati
Sesekali Ia Datang Menghantui Diri
Dikala Malam Silih Berganti
Hanya Aku Ditemani Mimpi-Mimpi Ngeri

Lama Kuidamkan Insan Sepertinya
Bersahaja Perwatakan
Mahupun Kata-Kata
Gelak Tawa Serta Senyuman Manisnya Memikat Jiwa
Adakala
Tergoda  Jua Rasa Dijiwa
Tapi, Apakan Daya Aku Hanya Insan Biasa
Tiada Kata Semanis Bahasa
Tiada Rupa Memikat Jiwa
Ketika Bersama Cukup Bermakna
Walaupun Cuma Sisa Masa
Namun Aku Tetap Bahagia
Kerana Dia Pembakar Semangat Jiwa
Mungkin Tanpa Dirinya
Aku Melayang Entah Kemana

Tapi Sayang Sekali
Suatu Hari Nanti Dia Akan Pergi
Meninggalkan Diriku Kembali Sendiri
Bertemankan Lagu Di Malam Yang Sepi
Kadangkala Berbicara Rupanya Berpuisi
Kerana Rintihan Ku Ini
Tiada Siapa Yangg Peduli
Bagai Dihembus Angin
Dan Ia Berlalu Pergi
Perginya Tidak Mungkin Akan Kembali

NUKILAN : AMINUDDIN OMAR

KEHIDUPAN

setiap yg bernyawa lalui kehidupan
setiap yg bernafas dianggap kehidupan
apa yg dilalui adalah lumrah kehidupan
kadangkala yang dilalui memberi tekanan
ada yang menganggap itu dugaan
ada yg katakan itu cabaran
ada yg menghadapinya dengan penuh ketenangan
tetapi tidak lari dari mengundang airmata bercucuran

setiap yang berlaku ada hikmahnya
itulah ungkapan acapkali diungkap
sejauh mana impian dapat dipenuhi
setinggi mana cita2 dapat diterokai
sedalam mana isi hati dapat difahami
sekuat mana ketabahan dan kegagahan diri
tapi yang pejal itu isi
yang luluh itu hati

semoga setiap insan mampu melalui
kehidupan yg digelar ujian duniawi
ketabahan dan kesabaran senjata diri
jangan sesekali mengikut nafsu dan hati
fikirlah sewajarnya kesannya nanti
agar tindakan tidak memakan diri
yang telah berlalu biarlah ia pergi
yang mendatang perlu diperbaiki

nukilan aminuddin omar

INDAHNYA MALAM


Hari silih berganti, 
Diwaktu malam kurasa sepi
Aku bagaikan penunggu
Menunggu bulan kembali mengambang

Indah bila bintang juga menghiasi
Kuselimuti hati dgn penuh rasa kasih
Ku tutupi jiwaku dgn rasa rindu
Ku meniti di setiap hembusan angin malam
Ku nyanyikan lagu berdendangkan bunyi sang cengkerik
Tapi hatiku tetap luluh.

bila malam mula melewati
aku bagaikan takut untuk menutup mata
aku bimbang tidak lagi dapatku melihat bintang
juga tidak lagi kumenatap bulan
apatah lagi hembusan angin malam

apakah esok masih ada malam
masih sempatkah ku nyatakan hasrat dijiwa
matahari bagaikan menghantuiku
kerana cahaya itu membuat kurasa hilang ketenangan malam
kurasa seperti tidak lagi menjadi penunggu setia
kerana malam buat kurasa keyakinanku kembali bertakhta
untukku meneruskan rasa yang terpendam dijiwa.