Tuesday, 15 December 2020

Tidak Pasti

Kulepaskanmu kerna terpaksa
kerana itu yang kau pinta
tiada apa yang perlu dikata
mungkin inilah takdirnya

oh langkahku bagaikan lemah
jiwaku sentiasa gelisah
Tuk lupakan bukannya mudah
tapi hidup harus berserah

Aku , aku masih disini
masih, masih tercari cari
adakah setia atau pergi
terbelenggu jawapan dalam hati
aku masih tidak pasti

mungkin aku terpaksa pergi
jika itu yang perlu
tapi aku tetap tidak pasti
adakah ini jawapan hatiku





Tuesday, 16 June 2020

Dalam Doa

Tidak pernah walau sesaat
Aku wujud dalam hati mu 
Walaupun dalam hati ini
Sentiasa ada dirimu

Ada kalanya aku pasrah
Ada ketika aku berserah
Hakikatnya aku sentiasa
Berharap kau akan hadir 

Akhirnya aku tidak berdaya lagi
Untuk meneruskan perasaan ini
Kuhembuskan nafasku
Ku pejamkan mataku
Ku cuba lupakan dirimu
Namun itu semua 
Tidak pernah terjadi
Kerna engkau sentiasa 
Ada dalam doa

Ku mohon agar suatu masa
Terbukalah pintu hatimu
Menerima diriku kembali
Menyebut namaku dalam doamu



Friday, 5 June 2020

Kata Itu Janji

Ku pejamkan mata
Teringat setiap kata kata
Yang pernah kau lafazkan
Dan aku percaya

Ku lihat gambarmu
Terbayang senyuman tawamu
Yang pernah kau lirikkan
Dan aku percaya

Aku gadaikan hidupku
Untuk menanti dirimu
Kerana aku percaya
Kata itu adalah janji

Aku harap engkau kembali
Kotakan setiap lafazmu
Selagi nafasku belum terhenti
Masih ada masa lagi untuk kita

Kembalilah

Saturday, 2 May 2020

Pengembaraan

"Pengembaraan
Kau Langkahkan Kaki
Menuju Ke Suatu Destinasi
Selangkah Cuba Kau Pergi
Pelbagai Dugaan Menanti, 
Adakah Kau Benar Pasti
Destinasi Yang Kau Cari
Ada Sesuatu Yang Dinanti
Atau Persinggahan Merehatkan Diri,

Jangan Berdusta Atas Jasadmu
Jika Belum Rela Kau Tempuhi
Kelak Kakimu Kan Kaku
Tegak Bagai Si Pokok Jati,

Berpatah Bukan Menyerah
Berpusing Masa Terluah
Itulah Bak kata Pepatah
Akal Dulu Sebelum Langkah,

Itulah Hakikat Dunia
Tiada Yang Pasti Dihadapan Sana
Tatkala Bijak Mengharunginya
Jadikan Dikau Lebih Berharga,

Engkau Dari Dia
Dia Adalah Engkau
Sujud Pada Kiblatmu
Nescaya Jawapannya Akan Kau Tahu....