Jika angin bertiup kencang
Cuba kau pejamkan mata
Akan kau rasakan hembusan nafasku
Yang amat merindui dirimu
Bila hujan turun dengan lebatnya
Cuba kau tadahi airnya
Kerana di permukaannya akan terbayang wajahku
Yang ingin selalu melihat wajahmu
Bila matahari terik disiang hari
Cuba kau buka matamu
Lihat sepuasnya disekelilingmu
Kerana disitu aku cuba menerangimu
Bila waktu di tebing senja
Cuba kau melirik di bucu langit
Akan kau lihat senyumanku
Yang ingin selalu membahagiakanmu
Bila malam dingin menjelma
Kau dongak memandang ke langit
Kerana akan kau terima lambaianku
Yang selalu ingin kau disampingku
Dan bila kau pejamkan mata
Kau bukalah minda dan hatimu
Kerana inginku jelajahi mimpimu
Untuk menyatakan yang aku amat menyayangi dirimu.
Bila masanya telah pun tiba
Akan Ku rela terima akadnya
Senantiasa ku usaha buat kau gembira
Berdoalah kita agar dijauhi derita
Segala ujian tempuhilah bersama
Redha pada ketentuan yang esa
Nescaya akan ada hikmahnya
Yang menanti untuk kebahagiaan kita.
NUKILAN : PENGHUNI DUNIAWI

No comments:
Post a Comment